Subject : Malay Language
Stream : Normal Technical
Level : Sec 3NT
Day : Wednesday
Nama : ____________________________________ (_____)
Kelas : ________ Tarikh : ____________
Guru Kelas : Cikgu Azizah / Erna / Mardiana / Sharifah Noraini / Maria
BAHAGIAN A (10 markah)
Arahan: Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya dengan memilih huruf jawapan pilihan yang paling tepat. Tuliskan huruf jawapan kamu di ruang yang diberikan.
Istiadat bersanding merupakan upacara kemuncak upacara-upacara lain yang terdapat dalam adat istiadat perkahwinan. Pada hari inilah para jemputan akan datang berkunjung bermula dari pukul sepuluh pagi.Ia akan diikuti dengan majlis persandingan yang biasanya berlangsung selama dua jam. Majlis perkahwinan akan berlarutan sehingga pukul lima petang.
Setelah pengantin perempuan siap dihias dan bersedia untuk menjalani upacara persandingan, wakil pengantin perempuan akan menghantar bunga berdaunkan sirih kepada wakil pengantin lelaki yang bertandang tidak jauh dari rumah pengantin perempuan kerana mereka telah tiba sebelum itu. Biasanya pengantin lelaki dan rombongannya telah bertandang di sana sehari sebelum majlis persandingan, kalau rumahnya jauh. Kalau rumahnya bersebelahan, pengantin lelaki turun dari rumahnya, terus ke rumah pengantin perempuan. Kalau rumahnya jauh sedikit seperti di kampung sebelah dan memerlukan masa yang lama untuk ke rumah pengantin perempuan, rumah tempat bertandang hanya digunakan untuk bersiap dan berhias sahaja. Pemergian pengantin lelaki dan rombongannya diiringi dengan pukulan kompang dan arakan bunga manggar yang mengiringi mereka di sepanjang perjalanan menuju ke rumah pengantin perempuan.
Selepas itu, pengantin lelaki didudukkan di atas sebuah bangku di halaman rumah. Upacara bersilat seorang demi seorang dilakukan di hadapannya dengan menjunjung hormat sebelum memulakan langkah. Silat yang dimainkan itu dinamakan silat pengantin. Adakalanya silat dipersembahkan secara berpasangan tetapi tidak menggunakan teknik serangan yang banyak. Ini ialah kerana tujuan persembahan tersebut adalah untuk menghormati pengantin semata-mata, bukan untuk memperlihatkan kecekapan bermain langkah.
Semasa hendak memasuki rumah pengantin, istiadat membayar tebus pintu dilakukan. Pihak pengantin lelaki mesti membayar wang kepada orang yang menunggu atau menghalang perjalanan rombongan pengantin. Pihak pengantin lelaki perlu menyediakan wang dalam sampul-sampul surat dari awal lagi dan membahagikannya kepada mereka yang menunggu sama ada di muka pintu atau tangga. Mereka yang menghalang ini biasanya terdiri daripada saudara-mara pengantin perempuan. Lazimnya sampul surat yang disediakan itu mengandungi wang kertas dua dolar setiap satu. Ketika inilah dialog-dialog lucu kedengaran. Pihak lelaki cuba melepaskan diri daripada sekatan laluan manakala orang yang menghalangnya mahukan imbuhan. Setelah istiadat ini selesai, barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan pengantin perempuan.
(Dipetik dan disesuaikan daripada buku ‘Istiadat Perkahwinan Melayu - Satu Kajian Perbandingan' yang diterbitkan pada tahun 1995)
1. Upacara yang dinanti-nantikan dalam istiadat perkahwinan Melayu ialah upacara ________________.
A. melamar
B. meninjau
C. pertunangan
D. persandingan ( )
2. Istiadat perkahwinan Melayu lazimnya berlangsung selama ________________ .
A. dua jam
B. lima jam
C. tujuh jam
D. sepuluh jam ( )
3. Pengantin lelaki perlu bertandang ke rumah yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan jika _________________.
A. rumah pengantin lelaki jauh
B. rumah pengantin lelaki dekat
C. rumah pengantin lelaki jauh sedikit
D. rumah pengantin lelaki bersebelahan ( )
4. Upacara bersilat yang dipersembahkan dalam adat-istiadat persandingan dinamakan sebagai silat pengantin kerana ia _________________.
A. tidak mengandungi serangan
B. menunjukkan kecekapan pesilat
C. berperanan sebagai tanda hormat
D. dipersembahkan secara berpasangan ( )
5. Istiadat membayar tebus pintu dilakukan untuk _________________.
A. menimbulkan suasana suka-ria
B. merapatkan hubungan antara pihak lelaki dan perempuan
C. menuntut bayaran sebagai upah membantu keluarga pengantin perempuan di dapur
D. memberi amaran kepada pengantin lelaki supaya menjaga pengantin perempuan dengan baik ( )
BAHAGIAN B (10 markah)
Arahan:: Pilih perkataan yang sesuai dari senarai yang diberi bagi mengisi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis huruf jawapan kamu di ruang yang disediakan.
Masyarakat Singapura merupakan (6)_________ masyarakat majmuk. Ini bermakna rakyatnya terdiri (7)__________ pelbagai kaum yang mempunyai adat istiadat, kepercayaan, agama dan bahasa pertuturan yang berlainan. Bagi (8)_________ masyarakat yang harmonis dan progresif, nilai-nilai seperti kesederhanaan, hormat-menghormati, saling mempercayai, keikhlasan, bertimbang rasa, sedia memaafkan dan saling faham-memahami adalah amat penting dan seharusnya terdapat (9)_________ diri setiap warganegara. Nilai-nilai tersebut patut (10)__________ di kalangan pelajar-pelajar (11)__________ awal-awal lagi. Justeru itu, pendidikan moral merupakan satu (12)__________ yang sangat penting di sekolah.
Satu lagi sebab mengapa pendidikan moral itu penting ialah kerana masalah (13)__________ akhlak pelajar-pelajar sekolah hari ini. Kita sering membaca berita mengenai masalah disiplin seperti pelajar ponteng sekolah, guru disiplin yang diancam, bilik rehat guru dibakar, pelajar-pelajar diperas ugut, dipukul dan keadaan sekolah yang kotor (14)__________ tidak teratur. Masalah vandalisme dan kumpulan liar di kalangan pelajar-pelajar sekolah juga begitu (15)__________. Melalui pendidikan moral adalah diharapkan pelajar-pelajar dapat mempelajari serta menghayati nilai-nilai seperti bertanggung jawab, belas kasihan, bersopan santun, bertimbang rasa serta hormat-menghormati dan menghargai harta benda sekolah serta kemudahan-kemudahan awam yang lain.
(Dipetik dan disesuaikan daripada buku 'Pendidikan Moral Untuk Bakal Guru' yang diterbitkan pada tahun 1992)
6 A sepuak
B sebuah
C sekumpulan
D segerombolan
11 A sejak
B ketika
C tatkala
D sewaktu
7 A dari
B oleh
C dengan
D daripada
12 A ilmu
B maklumat
C pengetahuan
D mata pelajaran
8 A kewujudan
B diwujudkan
C mewujudkan
D pengwujudan
13 A keruntuhan
B kebinasaan
C kehanyutan
D kemusnahan
9 A di
B atau
C dalam
D kepada
14 A dan
B serta
C sambil
D malahan
10 A dijalin
B diwarisi
C dipupuk
D dicetuskan
15 A ketara
B meluas
C menunjuk
D mendadak
Dipetik daripada peperiksaan pertengahan tahun 2007, Sekolah Menengah Bukit Batok
BAHAGIAN A (10 markah)
Arahan: Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya dengan memilih huruf jawapan pilihan yang paling sesuai. Tuliskan huruf jawapan kamu di tanda kurung yang diberikan.
Koko terkenal sebagai bahan utama membuat coklat dan minuman. Bagaimanapun, kira-kira 400 tahun lalu, penggunaan koko adalah sebagai 'ubat' yang digunakan untuk menghilangkan rekahan kulit di bahagian perut. Pada zaman dulu, wanita yang melahirkan bayi mengalirkan pati koko dan menyapukannya pada rekahan pada kulit. Kaedah ini dikatakan berkesan untuk menghilangkan rekahan kulit selepas bersalin. Kaedah itu juga boleh digunakan kini. Tapi bagaimana pula untuk mendapatkan sumber koko ini?
Wanita zaman sekarang tidak perlu bersusah payah mencari buah koko, sebaliknya Palmer's membantu wanita menghasilkan krim yang berasaskan koko. Syarikat itu terkenal dengan pelbagai keluaran untuk membantu mengatasi masalah kulit seperti kulit kering di bahagian kaki dan tangan, mengurangkan rekahan selepas melahirkan bayi, mengurangkan kulit yang gatal dan parut akibat jatuh atau pembedahan.
Memandangkan koko mudah didapati di negara tropika, ia mendorong syarikat Palmer's menggunakan buah tersebut sebagai bahan asas bagi produk kecantikan untuk lelaki dan wanita. Ia dikatakan boleh mengatasi masalah kulit. Encik Daniel Deans, Pengarah Urusan E.T. Browne (Australia) Pte Ltd, yang mengeluarkan produk Palmer's berkata:
'Memang tidak dapat dinafikan kelebihan buah koko ini yang kami gunakan sebagai salah satu bahan utama mengatasi masalah kulit.'
Contohnya, Cocoa Butter Formula mengandungi vitamin E, antara lain ia membantu melembutkan dan melegakan kulit kering. Losen ini agak pekat dan mengandungi 100 peratus cocoa butter yang akan cair di kulit anda apabila digunakan.
Sesuai dengan cogan katanya Skin is fashion atau kulit adalah fesyen, maka ia mengeluarkan produk penjagaan kulit daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Menyentuh tentang sejarah syarikat itu, beliau berkata produk itu diasaskan oleh jenama penjagaan kulit di Amerika pada 1840, apabila ia mula mengenalkan Palmer's Cocoa Butter Formula dan Palmer's Skin Success, yang terkenal bukan saja di Amerika malah Australia.
Pokok koko diperkenalkan kepada dunia Barat apabila seorang penggembara dari Spanyol, Encik Fernando Cortez, melawat Montezuma, yang kemudian menanam buah itu di Trinidad, Haiti dan Afrika sebelum pulang ke negaranya. Oleh itu tidak hairanlah hasil tanamannya digunakan untuk membuat coklat di negaranya yang kemudian berkembang di beberapa negara di Eropah.
Menurut Encik Deans, walaupun syarikatnya mengutamakan keuntungan, ia tidak mengetepikan soal kebajikan dengan membuat kutipan amal.
'Hasil penjualan Palmer's Cocoa Butter Formula dan Olive Butter Formula dari Oktober hingga November, syarikat akan menderma sebanyak 30 sen bagi setiap botol. Dua produk ini adalah keluaran edisi terhad dan anda hanya perlu membeli botol berwarna merah jambu untuk menderma kepada Yayasan Barah Buah Dada Singapura,' katanya.
Botol berwarna merah jambu dengan isian 250ml dan 400ml akan dijual di beberapa tempat, antaranya, Watsons, Guardian, Robinson dan John Little. Beliau berkata usaha ini sebagai satu langkah untuk menyedarkan kaum wanita tentang barah buah dada.
(Dipetik dan disesuaikan daripada keratan akhbar ‘Hilang Rekahan' oleh Zawiyah Salleh, Cyberita-BH Online)
16. Koko, pada asalnya, digunakan sebagai ____________________ kira-kira 400 tahun dahulu.
(A) bahan utama coklat dan minuman
(B) penawar untuk melenyapkan rekahan kulit
(C) pelembut untuk mengurangkan kekeringan pada kulit
(D) ubat untuk menghilangkan parut selepas pembedahan ( )
17. Dua sebab utama yang mendorong syarikat Palmer’s untuk menggunakan bahan koko sebagai bahan asasnya adalah ____________________.
(A) koko terbukti berkesan dalam mengatasi masalah kulit dan ia mudah didapati di rantau ini
(B) penggunaan koko selari dengan cogan kata syarikatnya dan koko mudah didapati di kawasan tropika
(C) koko terkenal sebagai bahan utama dalam membuat minuman dan makanan serta ia dapat mengatasi masalah kulit
(D) penggunaan koko bersesuaian untuk kulit kerana ia mudah cair dan boleh digunakan untuk kulit lelaki dan perempuan ( )
18. Pengeluaran ____________________ merupakan tumpuan syarikat Palmer’s di bawah pengurusan Encik Daniel Deans.
(A) produk-produk koko yang dikhaskan untuk menghilangkan rekahan dan parut di kulit
(B) losen Palmer’s Cocoa Butter Formula dan Palmer’s Skin Success yang terkenal di Amerika dan Australia
(C) losen Cocoa Butter Formula dengan vitamin E yang dikhaskan untuk menghaluskan dan melegakan kulit kering
(D) produk-produk penjagaan kulit dari hujung rambut ke hujung kaki yang menggunakan bahan koko sebagai bahan utama ( )
19. Pokok koko diperkenalkan kepada dunia Barat oleh seorang ____________________.
(A) penanam koko
(B) penjelajah dari Tahiti
(C) pengasas produk Palmer
(D) pengembara dari Sepanyol ( )
20. Syarikat Palmer’s membuat kebajikan dengan____________________
(A) menanam pokok koko untuk kegunaan ramai
(B) menjual botol berwarna merah jambu di farmasi tempatan
(C) membuat kerja sukarelawan di Yayasan Buah Dada Singapura
(D) menderma sebahagian daripada hasil penjualan produknya kepada Yayasan Buah Dada Singapura ( )
BAHAGIAN B (10 markah)
Arahan:: Pilih perkataan yang sesuai dari senarai yang diberi bagi mengisi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Kemudian, tulis huruf jawapan kamu di ruang yang disediakan.
Setelah hampir lapan tahun bermulanya pencarian tujuh keajaiban dunia yang baru, akhirnya tujuh binaan atau monumen dipilih kira-kira 100 juta (6) ____________ dari seluruh dunia melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan online. Tujuh keajaiban dunia baru itu (7) ____________ secara rasmi dalam satu upacara (8) ____________ di Stadium Benfica, Portugal pada 7 Julai lalu.
Satu-satunya keajaiban dunia (9) ____________ yang masih kekal sehingga kini ialah Piramid Giza yang diisyhtiharkan sebagai keajaiban dunia (10) ____________ sehingga (11) ____________ hari ini tanpa melalui proses undian. Seperti yang dijangka, binaan paling tua dan klasik seperti Taj Mahal, Tembok Besar China dan Colosseum terpilih antara (12) ____________ keajaiban dunia yang baru.
(13) ____________ memilih keajaiban dunia ini bermula dengan pelancaran laman web oleh Bernard Webber dari Switzerland yang menubuhkan yayasan yang dikenali sebagai "New & Wonders (N7W) Foundration". Webber, penerbit filem, penulis dan juruterbang membuka laman web N7W pada September 1999. Bermula dari situ, (14) ____________ menjelajah ke seluruh dunia bagi mencari pencalonan dan mejayakan kempen memilih keajaiban dunia itu, Pada Disember 2004, (15) ____________ 77 binaan monumen dicalonkan untuk tujuan itu.
6.(A) peserta 11. (A) di
(B) penonton (B) ke
(C) pengundi (C) dari
(D ) pendengar (D) pada
7. (A) diumumkan 12. (A) dua
(B) terumumkan (B) tiga
(C) pengumuman (C) tujuh
(D) mengumumkan (D) enam
8. (A) gilang-gemilang 13. (A) kerja
(B) gundah-gulana (B) kuasa
(C) lintang-pukang (C)usaha
(D) hiruk-pikuk (D)upacara
9. (A) purba 14. (A) dia
(B) buruk (B) tuan
(C) moden (C) beliau
(D) canggih (D) baginda
10. (A) terkini 15. (A) semua
(B) terkenal (B) seluruh
(C) terbilang (C) sekalian
(D) terunggul (D) sebanyak
Dipetik daripada peperiksaan akhir tahun 2007, Sekolah Menengah Bukit Batok
Sunday, June 28, 2009
Monday, June 22, 2009
Khamis, 4.45pm - 6.15pm
Latihan 1
Singapura : 19 Jun 2009
BOTAKKAN KEPALA DEMI KEBAJIKAN
SERAMAI 20 kakitangan DBS Bank termasuk Ketua Perbankan Penggunanya, Encik Rajan Raju, dan Ketua Pegawai Risiko DBS, Encik Elbert Pattijn, memberanikan diri dengan membotakkan kepala mereka demi kebajikan.
Mereka melakukan demikian bagi menunjukkan sokongan kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit barah dan mengumpulkan dana bagi Yayasan Barah Kanak-Kanak (CCF).
Jumlah 20 itu tidak termasuk suami seorang kakitangan DBS yang merupakan bekas pesakit yang pernah mempunyai ketumbuhan otak, dan seorang kakitangan AXS, anak syarikat DBS.
Mereka membotakkan kepala di kafetaria ibu pejabat DBS di Shenton Way semalam. Ini merupakan acara satelit 'Hair for Hope' pertama dianjurkan sebuah korporat tahun ini.
Kesemua yang mengambil bahagian merupakan kakitangan lelaki sehinggalah pada saat-saat akhir, seorang kakitangan wanita DBS menyatakan beliau akan membotakkan kepalanya jika dana $20,000 dapat dikumpulkan atas pengorbanannya itu. Jumlah itu berjaya dikumpulkan!
Setakat ini, dana lebih $90,000 telah dikumpulkan hasil usaha berani kakitangan DBS itu.
Latihan (10 markah)
Soalan: Baca petikan ini, kemudian nyatakan pendapat anda tentang perkara yang dilakukan untuk mengumpulkan dana amal ini. Setujukan kamu dengan cara ini. Jelaskan.
Sekian, terima kasih.
Latihan 2
Kosa Kata (9 markah)
Arahan: Cari makna dan bina ayat bagi perkataan-perkataan di bawah ini.
a) dana
b) acara
c) saat-saat akhir
Sertakan jawapan anda di ruangan 'comments'.
Sekian, terima kasih.
Singapura : 19 Jun 2009
BOTAKKAN KEPALA DEMI KEBAJIKAN
SERAMAI 20 kakitangan DBS Bank termasuk Ketua Perbankan Penggunanya, Encik Rajan Raju, dan Ketua Pegawai Risiko DBS, Encik Elbert Pattijn, memberanikan diri dengan membotakkan kepala mereka demi kebajikan.
Mereka melakukan demikian bagi menunjukkan sokongan kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit barah dan mengumpulkan dana bagi Yayasan Barah Kanak-Kanak (CCF).
Jumlah 20 itu tidak termasuk suami seorang kakitangan DBS yang merupakan bekas pesakit yang pernah mempunyai ketumbuhan otak, dan seorang kakitangan AXS, anak syarikat DBS.
Mereka membotakkan kepala di kafetaria ibu pejabat DBS di Shenton Way semalam. Ini merupakan acara satelit 'Hair for Hope' pertama dianjurkan sebuah korporat tahun ini.
Kesemua yang mengambil bahagian merupakan kakitangan lelaki sehinggalah pada saat-saat akhir, seorang kakitangan wanita DBS menyatakan beliau akan membotakkan kepalanya jika dana $20,000 dapat dikumpulkan atas pengorbanannya itu. Jumlah itu berjaya dikumpulkan!
Setakat ini, dana lebih $90,000 telah dikumpulkan hasil usaha berani kakitangan DBS itu.
Latihan (10 markah)
Soalan: Baca petikan ini, kemudian nyatakan pendapat anda tentang perkara yang dilakukan untuk mengumpulkan dana amal ini. Setujukan kamu dengan cara ini. Jelaskan.
Sekian, terima kasih.
Latihan 2
Kosa Kata (9 markah)
Arahan: Cari makna dan bina ayat bagi perkataan-perkataan di bawah ini.
a) dana
b) acara
c) saat-saat akhir
Sertakan jawapan anda di ruangan 'comments'.
Sekian, terima kasih.
Isnin, 4.45pm - 6.15pm_Bacaan dan Kosa Kata
Latihan 1
Singapura : 19 Jun 2009
MAYAT BAYI DITEMUI DI TANGGA FLAT
SATU bungkusan plastik berwarna putih yang tersadai di kawasan tangga di Blok 334 Bukit Batok Street 32 disangka sampah biasa. Rupa-rupanya, bungkusan yang ditemui Encik Shahjahan Abdur Rahman pada 4.20 petang kelmarin itu berisi mayat bayi.
Mungkin kerana tergamam, Encik Shahjahan, 28 tahun, hanya melaporkan kepada penyelianya, Encik Nasir Hossain, kira-kira sejam kemudian. Bayi itu disahkan meninggal dunia pada 6.15 petang.
Latihan Bacaan (10 markah)
Soalan: Berikan pendapat anda tentang petikan ini. Bincangkan mengapakah kejadian seperti ini boleh berlaku.
Markah: 10 markah (Setiap latihan akan dinilai)
Cara menjawabnya:
Letakkan 1) Nama 2) Tarkh 3) Kelas 4) Jawapan anda di ruangan 'comments' di bawah.
Latihan 2
Latihan Kosa Kata (9 markah)
Arahan: Cari makna perkataan-perkataan di bawah dan berikan maknanya. Kemudian bina sebuah ayat ringkas dengan menggunakan perkataan tersebut.
a) bungkusan
b) tersadai
c) penyelianya
Cara menjawab juga serupa dengan latihan sebelumnya, iaitu anda menjawab di bahagian 'comments' dengan meletakkan nama, tarikh dan kelas.
Sekian terima kasih.
Singapura : 19 Jun 2009
MAYAT BAYI DITEMUI DI TANGGA FLAT
SATU bungkusan plastik berwarna putih yang tersadai di kawasan tangga di Blok 334 Bukit Batok Street 32 disangka sampah biasa. Rupa-rupanya, bungkusan yang ditemui Encik Shahjahan Abdur Rahman pada 4.20 petang kelmarin itu berisi mayat bayi.
Mungkin kerana tergamam, Encik Shahjahan, 28 tahun, hanya melaporkan kepada penyelianya, Encik Nasir Hossain, kira-kira sejam kemudian. Bayi itu disahkan meninggal dunia pada 6.15 petang.
Latihan Bacaan (10 markah)
Soalan: Berikan pendapat anda tentang petikan ini. Bincangkan mengapakah kejadian seperti ini boleh berlaku.
Markah: 10 markah (Setiap latihan akan dinilai)
Cara menjawabnya:
Letakkan 1) Nama 2) Tarkh 3) Kelas 4) Jawapan anda di ruangan 'comments' di bawah.
Latihan 2
Latihan Kosa Kata (9 markah)
Arahan: Cari makna perkataan-perkataan di bawah dan berikan maknanya. Kemudian bina sebuah ayat ringkas dengan menggunakan perkataan tersebut.
a) bungkusan
b) tersadai
c) penyelianya
Cara menjawab juga serupa dengan latihan sebelumnya, iaitu anda menjawab di bahagian 'comments' dengan meletakkan nama, tarikh dan kelas.
Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)